Anggaran masa mengikut jenis website

Anggaran selepas skop dan kandungan disahkan
Jenis websiteAnggaran biasaCatatan
Landing pageBeberapa hariSatu halaman, satu tindakan utama
Website syarikat 1–3 halaman3 hari hingga 2 mingguBergantung pada kandungan dan pusingan pindaan
Katalog produk atau website tempahan1 hingga 3 mingguBilangan produk dan borang mempengaruhi masa
Kedai onlineDisahkan bersama sebut hargaPayment gateway, inventori dan newsletter menambah kerja
Web app customDisahkan bersama sebut hargaLog masuk, peranan pengguna dan data memerlukan perancangan

Lima punca projek website lambat siap

  1. Teks dan gambar belum siap. Ini punca paling biasa.
  2. Ramai orang perlu meluluskan, tetapi tiada seorang pun yang membuat keputusan akhir.
  3. Maklum balas dihantar sedikit demi sedikit, bukan dalam satu pusingan yang tersusun.
  4. Fungsi baharu ditambah selepas skop disahkan.
  5. Akses domain atau akaun bisnes tidak dapat dicari pada hari pelancaran.

Cara memastikan website siap lebih cepat

  • Tetapkan seorang pembuat keputusan untuk projek ini.
  • Sediakan teks setiap halaman, walaupun kasar, sebelum projek bermula.
  • Kumpul logo, gambar sebenar dan maklumat hubungan dalam satu folder.
  • Hantar maklum balas dalam satu senarai untuk setiap pusingan pindaan.
  • Pastikan anda tahu log masuk domain sebelum hari pelancaran.
Guna senarai semak persediaan projek Lihat lapan peringkat proses kami

Perlu website dengan segera?

Jika anda ada acara, pelancaran produk atau kempen dengan tarikh tetap, mulakan dengan landing page yang fokus. Ia boleh dilancarkan dengan cepat dan dikembangkan menjadi website penuh kemudian tanpa bermula semula.

Beritahu kami tarikh sasaran anda